BeritaBernamaSHarian

Usaha kesan Moganambal masih dijalankan: PDRM

KUALA LUMPUR – Usaha mencari dan mengesan G Moganambal iaitu isteri kepada seorang daripada tiga lelaki yang ditembak mati polis di Batu Arang, Rawang dekat sini, pada 14 September lepas masih dijalankan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, setakat ini, wanita berusia 35 tahun yang dilaporkan hilang itu belum ditemui.

“Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menyalurkannya ke balai polis berhampiran,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 18 September lepas, Noor Azam mengesahkan dua daripada tiga individu yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Batu Arang dekat sini merupakan ahli kongsi gelap 08.

Noor Azam turut menafikan dakwaan Moganambal berada dalam kereta Volkswagen Polo dinaiki tiga lelaki yang ditembak mati selepas dikejar polis. – Bernama

🔄

Tags
Show More

Leave a Reply

PENAFIAN: Azlibaloi tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

Back to top button
Close