BeritaHMetro

Pakar India semak elemen sabotaj

MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) guna khidmat pakar keselamatan siber dari India bagi mengenal pasti punca gangguan sistem yang dialami Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ogos lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya bagaimanapun masih menunggu laporan pakar berkenaan.

“Siasatan daripada pihak polis sudah selesai. Tapi pihak MAHB sudah mendapatkan khidmat pakar dari India untuk melihat sama ada wujud atau tidak elemen sabotaj.

“Selepas maklumat diterima nanti, kita akan lihat sama ia berlaku disebabkan sabotaj atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam, hari ini.

Pada majlis itu, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Arjunaidi Mohamed dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Selangor.

Arjunaidi menggantikan Datuk Ab Rashid Ab Wahab yang bersara wajib pada 30 September.

Terdahulu, polis mengesahkan sudah mengambil keterangan 70 individu berhubung kes berkenaan.

Pada 21 Ogos lalu, kegagalan Sistem Pengurusan Keseluruhan Lapangan Terbang (TAMS) di KLIA menjejaskan fungsi utama seperti sambungan WiFi, sistem paparan maklumat penerbangan, kaunter daftar masuk dan sistem pengendalian bagasi.

🔄

Tags
Show More

Leave a Reply

PENAFIAN: Azlibaloi tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

Back to top button
Close