BeritaBHarian

Mercy Malaysia jadi model kesukarelawanan | Nasional

KUALA LUMPUR: Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia), yang menjadi model kegiatan kesukarelawanan dan perkhidmatan sosial, bukan saja berperanan sebagai organisasi perubatan, malah komited menyalurkan bantuan.

Meraikan ulang tahun ke-20 penubuhannya, Mercy Malaysia meneruskan bantuan di kawasan bergolak, bencana alam dan konflik politik di seluruh dunia.  

Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Ahmad Perdaus, berkata bagi tempoh dua dekad ini pelbagai cabaran dilalui bagi menghulurkan bantuan.

Katanya, sehingga kini Mercy Malaysia mempunyai 7,000 sukarelawan dengan kira-kira 10 peratus daripadanya giat menyertai misi kemanusiaan.

“Ketika menjadi Presiden International Council of Volunteer Associations (ICVA) pada 2015, pelbagai misi kemanusiaan dijayakan hingga membawa nama negara sebagai antara badan kesukarelawanan paling cergas.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (dua dari kiri) bersama Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus (kiri) melawat pameran pada majlis penghargaan kemanusiaan dan makan malam amal sempena ulang tahun penubuhan ke-20 Mercy Malaysia yang diadakan di Hotel Intercontinental. – Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

“Dalam tempoh dua dekad ini, kita banyak bekerjasama dengan pelbagai pertubuhan, organisasi tempatan dan antarabangsa, agensi kerajaan, wakil negara luar dan universiti dalam menjayakan misi bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penghargaan kemanusiaan dan makan malam amal sempena ulang tahun penubuhan ke-20 Mercy Malaysia di sini, malam ini.

Sempena majlis itu, Mercy Malaysia menyampaikan dua anugerah khas yang diserahkan Penaung Dirajanya, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Pengasas Mercy Malaysia, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, menerima Anugerah Penghargaan Tokoh Peneraju Kemanusiaan manakala bekas Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar, menerima Anugerah Penghargaan Tokoh Khas Kemanusiaan.

Yang turut mencemar duli, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Bagaimanapun, anugerah bagi Dr Jemilah yang tidak dapat hadir diterima wakilnya yang juga suami beliau, Datuk Dr Ashar Abdullah.

🔄

Show More

Leave a Reply

PENAFIAN: Azlibaloi tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

Back to top button
Close