BeritaBHarian

Polis cari saksi kemalangan lelaki maut digilis dua kenderaan | Kes

PETALING JAYA: Polis meminta bantuan saksi bebas untuk tampil membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal yang digilis dua kenderaan di Jalan Sungai Buloh menghala ke Kepong, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, Mohd Samzul Faizal Kasah, 42, yang menunggang motosikal Modenas dipercayai dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan lain sebelum terbabas dan jatuh di atas jalan raya.

Sebuah lori pembancuh simen dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun yang menggunakan laluan itu tidak sempat mengelak terus menggilis mangsa yang sedang terbaring di lorong kiri sekali di laluan tiga lorong berkenaan.

Akibat laluan di situ yang gelap dan keadaan cuaca hujan, sebuah kereta yang tidak dapat dipastikan jenisnya juga tidak sempat mengelak dan turut menggilis mangsa.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan, meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

Sehubungan itu, saksi yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662235 atau mana-mana balai polis berhampiran.

🔄

Show More

Leave a Reply

PENAFIAN: Azlibaloi tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

Back to top button
Close