BeritaHMetro

PM lancar Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini akan melancarkan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA).

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan hari ini berkata, DKKA adalah dasar dirangka khusus KDN secara inklusif melalui beberapa siri libat urus dengan pemegang taruh termasuk kementerian dan jabatan berkaitan, ahli akademik serta badan bukan kerajaan (NGO).

Ia adalah dasar yang komprehensif dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam negara ini sentiasa terpelihara, seterusnya menjamin kesejahteraan rakyat dan kelangsungan Malaysia sebagai negara aman, makmur, berdaulat dan dihormati di persada dunia.

DKKA menggariskan enam teras dan 21 strategi yang menjadi panduan dan rujukan utama kepada semua pihak berkepentingan dalam mendepani pelbagai isu keselamatan dan ketenteraman awam yang kian mencabar.

Antara fokus teras dan strategi itu ialah keperluan mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan dan institusi utama negara, meningkatkan tadbir urus dan integriti, memperkukuhkan kawalan keselamatan sempadan negara serta memerangi gejala dadah.

Tema ‘Keselamatan dan Ketenteraman Awam: Tanggungjawab Bersama’ dipilih bagi DKKA untuk memastikan keberkesanan dasar ini sebagai sebuah agenda penting bersifat nasional.

Dalam era semakin mencabar dan perkembangan teknologi baharu berasaskan revolusi industri 4.0, risiko dan ancaman terhadap keselamatan negara menjadi semakin kompleks dan merentas sempadan.

Justeru kerjasama erat semua pihak penting dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin sekaligus menjadikan negara lebih aman, harmoni dan sejahtera.

Dalam melaksanakan DKKA, KDN akan mewujudkan dua peringkat penilaian bagi memantau keberkesanan peRlaksanan iaitu menerusi Jawatankuasa Peringkat Tertinggi yang dipengerusikan Menteri Dalam Negeri dan Jawatankuasa Kerja yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN.

🔄

Tags
Show More

Leave a Reply

PENAFIAN: Azlibaloi tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

Back to top button
Close