BeritaBernamaSHarian

Kula Segaran nafi dakwaan tak rujuk MTUC

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran hari ini menafikan dakwaan bahawa mereka tidak merujuk kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkaitan reformasi undang-undang buruh termasuk pindaan dalam Akta Perhubungan Industri (IRA).

Menurutnya, kerajaan telah mengadakan sembilan mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) tahun ini dan mesyuarat pelbagai jawatankuasa teknikal sejak Januari.

Katanya, kementeriannya juga telah mengadakan mesyuarat dan pertemuan dengan pemegang taruh, bersama pelbagai pihak mengenai perkara tersebut.

“Konsultasi awam secara dalam talian mengenai IRA, yang pertama dilakukan mana-mana kementerian telah bermula Disember 2018.

“Kementerian juga telah melaksanakan konsultasi efektif dan telah merujuk kerajaan negeri, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Organisasi Buruh Antarabangsa, Majlis Peguam dan badan bukan kerjaan (NGO),” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Setiausaha Agung MTUC, J Solomon dalam satu kenyataan hari ini menafikan yang mereka telah dirujuk berkaitan reformasi undang-undang buruh termasuk pindaan terhadap IRA yang telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Isnin lalu. – Bernama

🔄

Tags
Show More

Leave a Reply

PENAFIAN: Azlibaloi tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

Back to top button
Close