BeritaHMetro

Mana mau lari… | Harian Metro

POLIS menahan seorang lelaki malam tadi selepas disyaki terbabit dalam kes bunuh warga emas di Pangsapuri PKNS di Jalan Tasik Tambahan 2, Ampang pada 19 September lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan pada 7.30 malam di Puchong Jaya, Selangor.

Menurutnya, kejayaan penangkapan suspek susulan pendedahan media mengenai butirannya yang merupakan orang dikehendaki polis baru-baru ini.

“Suspek yang mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah itu turut didapati positif methamphetamine.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini di Mahkamah Ampang Jaya dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan mayat wanita warga emas itu ditemui dalam keadaan diikat tangan di belakang dan kepalanya ditutup dengan kain.

Polis turut tidak menolak kemungkinan mangsa yang berusia 85 tahun itu diserang secara seksual berikutan hasil pemeriksaan polis di lokasi kejadian turut menemui kesan air mani.

Berita berkaitan

Muka ditutup sehingga lemas

Mati tertiarap, dua tangan diikat

🔄

Tags
Show More

Leave a Reply

PENAFIAN: Azlibaloi tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

Back to top button
Close