BeritaHMetro

PDRM umum pertukaran, naik pangkat

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran empat pegawai kanannya berkuat kuasa 11 November ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman Datuk Asmawati Ahmad menerusi satu kenyataan berkata, pertukaran itu membabitkan Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Kuala Lumpur Superintendan Arifai Tarawe yang ditukarkan sebagai Ketua Polis Daerah Gombak dengan memangku jawatan Asisten Komisioner.

“Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Terengganu Deputi Superintendan Idris Mohamed akan ditukarkan ke Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dengan memangku pangkat Superintendan.

“Ketua Polis Daerah Matu Daro, Sarawak Deputi Superintendan Neil Beginda pula ditukar sebagai Ketua Polis Daerah Lundu, Sarawak manakala Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPK Sarawak Deputi Superintendan Bingkok John bertukar sebagai Ketua Polis Daerah Matu Daro, Sarawak,” katanya.

🔄

Tags
Show More

Leave a Reply

PENAFIAN: Azlibaloi tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

Back to top button
Close