BeritaBernamaMKini

Permohonan Salleh masuk PKR ditentukan 18 Okt ini

Permohonan bekas menteri komunikasi dan multimedia, Salleh Said Keruak untuk menyertai PKR akan ditentukan dalam Mesyuarat Biro Politik PKR pada 18 Oktober ini, demikian disahkan oleh setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata permohonan keanggotaan Salleh diterima dalam talian dan akan dibahas oleh biro tersebut sebelum keputusan muktamad dibuat mengenai status permohonan bekas bendahari Umno itu.

“Itu memang kaedah dalam permohonan menjadi anggota parti,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

– Bernama

🔄

Show More

Leave a Reply

PENAFIAN: Azlibaloi tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

Back to top button
Close