BeritaHMetro

Belanjawan 2020: RM8 bilion bantu institusi, usahawan Bumiputera

KERAJAAN menambah peruntukan bagi membantu institusi dan usahawan Bumiputera menerusi Belanjawan 2020 selaras dengan tema belanjawan itu iaitu ‘Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama’.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, peruntukan itu ditambah kepada RM8 bilion dalam Belanjawan 2020 berbanding RM7.6 bilion 2019.

Beliau berkata, jumlah itu meliputi peruntukan sebanyak RM6.6 bilion kepada institusi Bumiputera yang fokus dalam pendidikan seperti Universiti Teknologi MARA dan Yayasan Peneraju.

Selain itu, katanya, RM1 bilion pula bagi membantu pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dan SME Bank.

“Sebanyak RM445 juta diperuntukkan untuk program keusahawanan di bawah TEKUN Nasional, SMECorp, PUNB, PHB dan TERAJU,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, hari ini.

🔄

Tags
Show More

Leave a Reply

PENAFIAN: Azlibaloi tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

Back to top button
Close