AwaniBerita

Lima lagi individu ditahan disyaki terlibat LTTE

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima lagi individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dalam satu operasi khas di beberapa negeri hari ini.

Menurut sumber, Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman menahan dua suspek di Melaka, dua lagi di Pulau Pinang dan seorang di Selangor.

“Ya, ada tangkapan terbaharu berkaitan LTTE dibuat hari ini. Tangkapan ini merupakan susulan daripada penahanan tujuh individu sebelum ini.

“Butiran lanjut berhubung penahanan mereka itu akan dimaklumkan dalam satu sidang media esok,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Sementara itu, satu sidang media akan diadakan pada 10.30 pagi esok di Bukit Aman berhubung penahanan individu berkenaan.

Sebelum ini PDRM menahan tujuh individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Negeri Sembilan dan Melaka ditahan kerana disyaki terbabit dengan perjuangan kumpulan pengganas LTTE.

Semua yang ditahan sebelum ini dipercayai mempromosi, menyokong, menghasut dan mencari dana untuk menghidupkan kembali kumpulan pengganas LTTE dengan menjadikan Malaysia sebagai pangkalan.

Mereka ditahan di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah dalam operasi khas bermula 9 pagi hingga 2 petang pada Khamis lalu.

đŸ”„

Tags
Show More

Leave a Reply

PENAFIAN: Azlibaloi tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

Back to top button
Close