BeritaBHarian

Jho Low suruh elak beri maklumat 1MDB kepada Jabatan Audit | Kes

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mencadangkan supaya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengelakkan daripada memberikan maklumat sulit syarikat kepada Jabatan Audit Negara bagi tujuan ‘due diligence’ (penelitian terperinci syarikat).

Ahli perniagaan itu menyatakan bahawa adalah sesuatu yang amat merbahaya kepada Datuk Seri Najib Razak dari segi politik untuk membiarkan Jabatan Audit membuat penelitian terbabit.

Berikutan itu, Jho Low memberikan isi kandungan surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB ketika itu Datuk Shahrol Azral Ibrahin Halmi untuk dikemukakan kepada Najib.

Surat berkenaan membangkitkan isu supaya pemberian maklumat sulit berkenaan kepada Jabatan Audit Negara hendaklah dielakkan.

Demikian keterangan yang diberikan Shahrol Azral pada hari ke-21 perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM2.3 bilion milik 1MDB di Mahkamah Tinggi hari ini.

Shahrol Azral yang juga saksi pendakwaan kesembilan, mengakui surat berkenaan ditandatanganinya bagaimanapun isi kandungannya adalah daripada Jho Low.

Shahrol Azral menjelaskan beliau pada mulanya memikirkan perlu mematuhi apa yang diperlukan Jabatan Audit Negara, bagaimanapun Jho Low memberitahunya ia boleh membahayakan Najib secara politik.

“Jho Low kemudian berikan saya isi kandungan surat itu… beliau tidak draf sebaliknya beri isi kandungan terus,” katanya.

🔄

Show More

Leave a Reply

PENAFIAN: Azlibaloi tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

Back to top button
Close